Site icon TechNave BM

Spesifikasi siri HONOR 80 tertiris, mungkin dilengkapi kamera 200MP dan cipset Snapdragon 8+ Gen 1

HONOR dikhabar bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 80 dalam masa terdekat di China. Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, spesifikasi awal untuk siri telefon itu sudah pun tertiris.

Siri HONOR 80 bakal mempunyai tiga varian utama iaitu HONOR 80, HONOR 80 Pro dan HONOR 80 Pro+. Menurutnya, HONOR 80 akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1080 dan kamera utama 64MP.

HONOR 80 Pro pula akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 778G, pengecasan pantas 66W dan kamera utama 108MP. Varian tercanggih, HONOR 80 Pro+, pula akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1, kamera utama 200MP dan pengecasan pantas 100W.

Setakat ini masih tiada maklumat rasmi mengenai pelancaran HONOR 80. Di Malaysia pula, HONOR telah melancarkan warna baharu untuk HONOR 70 iaitu Icelandic Frost.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version