Site icon TechNave BM

Spesifikasi siri HUAWEI Mate 40 dengan Kirin 9000 bocor, ramalan harga bermula ~RM3,617

Beberapa minggu ini, berita mengenai kemunculan siri HUAWEI Mate 40 sudah tampil di laman maya. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan spesifikasi dan harga siri HUAWEI Mate 40 yang akan dilancarkan mungkin pada 5 September 2020 ini.

Spesifikasi yang didedahkan adalah berkisar kepada spesifikasi HUAWEI Mate 40 dan HUAWEI Mate 40 Pro. Apa yang menariknya adalah berkenaan spesifikasi kamera. HUAWEI Mate 40 Pro dengan kod nama Noah dikatakan hadir dengan teknologi lensa cecair lebar 50MP + 80MP lensa sine ultra lebar + lensa periskop + lensa ToF (time-of-flight). HUAWEI Mate 40 dengan kod nama Ocean pula bakal hadir dengan kamera 50MP + 20 MP ultra lebar + 8MP telefoto.

Setakat ini, harga jangkaan bagi HUAWEI Mate 40 masih tidak diketahui, manakala HUAWEI Mate 40 Pro dilaporkan berharga 5999 Yuan (~RM3,617) untuk varian 128GB, 6499 Yuan (~RM3,918) untuk varian 256GB dan 7399 Yuan (~RM4,461) untuk varian 512GB.

Apa pun, kesemua harga ini adalah jangkaan dan spekulasi sahaja. Namun, adakah anda akan membeli peranti premium ini jika ia hadir dengan harga sebegini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: @RODENT950 melalui Gizmochina

Baca berita lepas mengenai siri HUAWEI Mate 40 disini.

Exit mobile version