Site icon TechNave BM

Spesifikasi Sony Xperia 1 III terbocor, mungkin dilengkapi skrin 4K 120Hz, kamera periskop 60x

Baru-baru ini, Sony telah mengesahkan bahawa mereka bakal mengadakan acara pelancaran pada 14 April ini. Khabar angin dalam talian menyatakan Sony akan melancarkan telefon pintar andalan mereka, Sony Xperia 1 III bersama beberapa telefon pintar yang lain. Beberapa hari sebelum pelancaran, spesifikasi Sony Xperia 1 III telah tertiris dalam talian.

Sumber memberitahu Sony Xperia 1 III akan hadir dengan skrin 6.5 inci 4K HDR OLED yang menawarkan warna 10-bit, kecerahan 1300nits dan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia akan bakal menggunakan cipset Snapdragon 888 bersama RAM setinggi 12GB dan storan 512GB. Di China, peranti ini mungkin dijual dengan pilihan RAM 16GB.

Untuk kamera pula, ia dikhabarkan akan hadir dengan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera periskop 12MP yang mampu zum sehingga 60x tanpa kehilangan butiran. Buat masa ini, butiran kamera hadapan peranti ini masih lagi belum diketahui.

Xperia 1 III dikatakan akan dilengkapi bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Adakah anda teruja dengan Sony Xperia 1 III ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version