Site icon TechNave BM

Spesifikasi Sony Xperia 1 III tertiris, mungkin dilengkapi Snapdragon 888 dan skrin 4K OLED

Sony telah mengumumkan telefon pintar andalan Sony Xperia 1 II pada Februari 2020, jadi kita mungkin boleh menjangkakan penggantinya Sony Xperia 1 III untuk diumumkan pada awal 2021. Terbaru, spesifikasi awal untuk telefon tersebut sudah pun tertiris.

Menurut @TheGalox_ , Sony Xperia 1 III akan dilengkapi skrin 4K OLED HDR berukuran 6.5 inci yang lebih terang sebanyak 15% daripada skrin Xperia 1 II. Sebagai telefon pintar andalan, ia akan dilengkapi cipset Snapdragon 888, sokongan 5G, memori 8GB+256GB, pengimbas cap jari di sisi dan kalis air IP65/IP68.

Sumber juga mengatakan Xperia 1 III tidak akan mempunyai banyak beza dengan Xperia 1 II. Selain daripada cipset yang lebih canggih dan skrin yang lebih terang, spesifikasinya kedua-dua telefon adalah lebih kurang sama. Setakat ini maklumat untuk kameranya masih tidak diberikan, jadi masih tidak pasti jika fungsi kamera yang profesional dalam Xperia 1 II akan dikekalkan dalam Xperia 1 III.

Perlu diingati bahawa ini bukanlah maklumat rasmi daripada Sony. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNMO

Exit mobile version