Site icon TechNave BM

Spesifikasi Sony Xperia 5 II didedahkan, Snapdragon 865 + OLED 120Hz + 3 kamera

Baru sahaja kelmarin kami memaklumkan mengenai gambar reka bentuk Sony Xperia 5 II dengan beberapa spesifikasi jangkaan tetapan kameranya. Sumber baharu kini telah mendedahkan hampir keseluruhan spesifikasi asas Sony Xperia 5 II!

Perlu diingatkan bahawa Sony Xperia 5 II bakal dilancarkan pada 17 September kelak. Oleh itu, segala spesifikasi yang dinyatakan masih lagi berada pada tahap ura-ura sahaja.

Xperia 5 II hadir dengan janaan cipset Snapdragon 865, RAM 8GB, storan 128GB, slot mikroSD, skrin OLED FHD+ HDR 6.1 inci 120Hz, bateri berkapasiti 4000mAh dan sokongan pengecasan pantas USB-C PD.

Terdapat tiga kamera seperti yang dapat dilihat pada gambar yang diduduki lensa 12MP f/1.7 24mm 82 degree, lensa telefoto 12MP f/2.4 dan lensa ultra lebar 12MP 124 degree. Turut hadir adalah sokongan rakaman 4K HDR sehingga 120fps, sokongan penstabilan video Optical SteadyShot dan kewujudan bicu audio 3.5mm.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan ramalan spesifikasi lain. Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai peranti Sony dan Sony Xperia!

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version