Site icon TechNave BM

Spesifikasi TECNO Pova Neo 3 diumum sebelum pelancaran rasmi, dilengkapi bateri 7,000mAh

TECNO bakal melancarkan telefon pintar kelas permulaan baharu, TECNO Pova Neo 3, dalam masa terdekat namun syarikat itu masih belum mengesahkan tarikhnya. Sungguh pun demikian, TECNO telah mengumumkan spesifikasi untuk peranti tersebut melalui platform media sosial miliknya.

Dalam sebuah gambar yang dimuat naik ke Twitter, ia memaparkan spesifikasi penuh untuk Pova Neo 3 yang dilengkapi bateri besar 7,000mAh, cipset MediaTek Helio G85, storan dalaman 128GB dan RAM 8GB yang boleh dibesarkan secara maya sebanyak 16GB.

Selain itu, ia juga akan dilengkapi skrin berukuran 6.82 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan resolusi HD+, serta menempatkan kamera swafoto 16MP. Untuk rekaan luaran, pilihan warna yang ditawarkan adalah Mecha Black, Amber Gold atau Hurricane Blue.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version