Site icon TechNave BM

Spesifikasi teknologi Mi 10T dan Mi 10T Pro dibocorkan

Siri telefon pintar Xiaomi Mi 10 kini sudah pun terdiri daripada pelbagai varian iaitu Mi 10, Mi 10 Pro, Mi 10 Lite, Mi 10 Youth dan Mi 10 Ultra. Nampaknya Xiaomi akan memperkenalkan lebih banyak varian siri ini iaitu Mi 10T dan Mi 10T Pro untuk pasaran antarabangsa dan spesifikasinya telah pun dibocorkan.

Menurut sumber, Mi 10T dan Mi 10T Pro dijangka akan dilengkapi cipset Snapdragon 865, storan dalaman 128GB atau 256GB, bateri 5,000mAh serta skrin berukuran 6.67 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 144Hz. Untuk RAM pula, Mi 10T akan mempunyai 6GB manakala Mi 10T Pro pula sebanyak 8GB.

Daripada segi kamera, Mi 10T Pro akan mempunyai tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera 20MP ultra-lebar dan kamera telefoto 12MP. Kamera hadapan pula adalah satu kamera 20MP yang berada di bahagian atas kiri skrin. Kamera Mi 10T pula dikatakan mempunyai spesifikasi yang sama kecuali pada kamera utama yang mempunyai sensor 64MP. Ia turut mempunyai bateri 5,000mAh.

Namun ini bukanlah maklumat yang rasmi daripada Xiaomi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version