Site icon TechNave BM

Spesifikasi telefon siri HONOR V40 bocor, dilengkapi kamera utama 50MP, cas pantas 66W, skrin 120Hz

Telefon siri HONOR V40 dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi pada bulan hadapan. Terbaru, sumber dari media sosial telah menunjukkan spesifikasi penuh telefon siri HONOR V40 ini.

Sumber menyatakan bahawa siri telefon HONOR V40 ini bakal hadir dengan dua model iaitu HONOR V40 Pro dan V40 Pro+. Untuk spesifkasi pula, kedua-dua telefon ini dijangka akan menggunakan skrin saiz 6.72 inci FullHD+ dan hadir dengan ciri kadar segar semula 120Hz.

Perbezaan kedua-dua model ini ada pada cipset yang digunakan. V40 Pro bakal menggunakan cipset Dimensity 1000+ manakala V40 Pro+ akan menggunakan cipset Kirin 9000 sama seperti HUAWEI Mate40 Pro. Selain itu, telefon siri V40 ini juga bakal dilengkapi dengan kamera utama 50MP yang menggunakan sensor SONY IMX700 RYYB. Pada bahagian depan pula, ia dikatakan akan hadir dengan dua kamera yang terletak pada skrin dengan potongan berbentuk pil.

Tambahan lagi, siri ini juga dikhabarkan akan hadir dengan pengecasan pantas 66W SuperCharge dan pengecasan wayarles 40W. Ia juga bakal datang dengan binaan kaca, pembesar suara stereo, port USB-C, 5G, SIM berdua dan lain-lain lagi.

Walau bagaimanapun, spesifikasi ini mungkin berbeza dengan spesifikasi akhir telefon siri HONOR V40 ini. Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version