Site icon TechNave BM

Spesifikasi utama Xiaomi Mi 11 Lite terbocor, bakal dilancar dalam masa terdekat

Berdasarkan sumber yang lalu, Xiaomi Mi 11 Lite dikhabarkan akan memasuki pasaran dengan dua versi berbeza (4G dan 5G). Terbaru, spesifikasi penting untuk Mi 11 Lite versi 4G telah tertiris di dalam talian.

Sumber menunjukkan sebuah gambar tempat letak peranti untuk unit demo Mi 11 Lite 4G. Jika dilihat pada gambar tersebut, Mi 11 Lite 4G bakal hadir dengan skrin OLED 90Hz dengan warna 10-bit (mungkin bersaiz 6.55 inci). Selain itu, ia akan dikuasai oleh cipset kelas pertengahan Snapdragon 732G serta dilengkapi tiga kamera pada panel belakangnya dengan kamera utama 64MP.

Spesifikasi ini mungkin adalah untuk pasaran global kerana Mi 11 Lite 4G untuk pasaran India dikhabarkan akan hadir dengan spesifikasi yang sedikit berbeza (konfigurasi kamera yang berbeza).

Mi 11 Lite 4G ini mungkin akan hadir dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Ia juga akan menggunakan antara muka MIUI 12 atas Android 11. Untuk bateri, ia mungkin dilengkapi bateri 4,250 mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Untuk Mi 11 Lite versi 5G pula, ia mungkin akan dikuasai oleh cipset Snapdragon 775G.

Adakah anda menantikan Mi 11 Lite ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version