Site icon TechNave BM

Spesifikasi vivo V23e tertiris, mungkin dilengkapi cipset Helio G96

vivo dikhabarkan bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan, vivo V23e, pada bulan ini. Sebuah video dari Vietnam telah pun menunjukkan rupa telefon itu dan kini ia telah disenaraikan dalam laman web vivo Vietnam bersama beberapa spesifikasi asas.

vivo V23e bakal mempunyai rekaan ultra nipis dan dilengkapi tiga kamera iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Selain daripada maklumat ini, vivo Vietnam tidak berkongsi spesifikasi tentang vivo V23e.

Sungguh pun begitu, spesifikasi penuhnya telah tertiris dalam Twitter di mana ia mungkin akan dilengkapi:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon vivo V23e dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version