Site icon TechNave BM

Spesifikasi vivo X60 5G dibocorkan, mungkin dilengkapi cipset Exynos 1080 dan Snapdragon 888

Telefon pintar andalan (flagship) vivo X60 baru-baru ini telah pun melepasi pengiktriafan 3C di China. Ia terdiri daripada tiga varian utama iaitu vivo X60 5G, vivo X60 Pro 5G dan vivo X60 Pro+ 5G dan didaftarkan dengan nombor model V2046A, V2047A dan V2056A.

Kedua-dua varian tersebut mungkin akan dilengkapi cipset yang berlainan, di mana vivo X60 dan vivo X60 Pro akan dilengkapi cipset Samsung Exynos 1080 manakala vivo X60 Pro+ pula akan dilengkapi Snapdragon 888, menjadikannya antara siri telefon terawal yang dilengkapi kedua-dua cipset tersebut.

Seperti vivo X50 sebelumnya, siri vivo X60 akan dilengkapi gimbal dalam kameranya bagi mengambil gambar dan video yang lebih stabil. Ia akan mempunyai empat kamera yang terdiri daripada kamera utama, kamera ultralebar, kamera telefoto dan kamera potret.

vivo X60 juga dilaporkan akan menjadi telefon pertama yang dilengkapi sistem operasi OriginOS iaitu sistem operasi vivo yang baru dilancar pada bulan November. Dalam sebuah ujian penanda aras Geekbench, sebuah peranti vivo dengan nombor V2056A telah mendapat markah tertinggi dengan 1135 mata dalam ujian teras tunggal dan 3681 dalam ujian multi-teras.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version