Site icon TechNave BM

Spesifikasi vivo X60 Pro didedahkan: Exynos 1080, AMOLED, empat kamera belakang

Berita mengenai spekulasi dan jangkaan siri vivo X60 sudah pun tular di internet sejak beberapa bulan yang lalu. Pendedahan maklumat mengenainya kini semakin rancak dan kini, beberapa spesifikasi vivo X60 Pro didedahkan melalui penyenaraiannya di TENAA.

Menurut penyenaraian, vivo X60 Pro bakal dilengkapi Exynos 1080, RAM 8GB/12GB + storan 128GB/256GB, skrin AMOLED 6.56 inci FHD+ beresolusi 1080 x 2376 piksel, bateri 4130mAh dan cas pantas 33W. Ia berukuran 158.57 x 73.24 x 7.59 dan hanya seberat 178g.

Mengenai kamera pula, vivo X60 Pro dilengkapi kamera kuad 48MP + 13MP + 8MP bersama kamera swafoto 32MP. Menurut sumber yang lepas, peranti ini bakal hadir dengan teknologi pengimejan ZEISS.

vivo X60 (kiri), vivo X60 Pro (kanan)

Untuk pengetahuan anda, siri vivo X60 bakal dilancar pada 29 Disember 2020, sehari selepas pelancaran siri Xiaomi Mi 11. Apakah pendapat anda mengenai siri vivo X60? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version