Site icon TechNave BM

Spesifikasi vivo X70 tertiris, miliki Dimensity 1200 dan skrin 120Hz berharga ~RM2,603

Syarikat pembuat telefon pintar China iaitu vivo sedang merancang untuk melancarkan telefon andalan X70 mereka dalam masa terdekat ini. Sumber yang boleh dipercayai telah mendedahkan spesifikasi yang terdapat pada vivo X70.

Sumber dari China tersebut mengesahkan bahawa vivo X70 dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1200, RAM 12GB, panel skrin AMOLED Full HD+, kadar segar semula skrin 120Hz dan bateri berkapasiti 4200mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Bahagian belakangnya terdapat kamera quad yang mana kamera utamanya mempunyai sensor 48MP. Manakala bahagian hadapannya pula hadir dengan kamera swafoto 32MP.

Daripada maklumat yang kami peroleh sebelum ini, siri X70 bakal hadir dalam dua varian. Namun, kami masih tidak dapat sebarang maklumat mengenai penambahan model untuk siri ini. Telefon vivo X70 dianggarkan berharga sekitar $615 (~RM2,603).

Apa-apa pun nantikan pengumuman rasmi daripad vivo dalam tempoh terdekat ini. Adakah anda menantikan telefon andalan vivo X70 ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version