Site icon TechNave BM

Spesifikasi vivo Y75 5G tertiris, mungkin dilengkapi cipset Dimensity 700 dan bateri 5,000mAh

Pada tahun lalu, vivo telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan vivo Y75 dan kini syarikat itu dilaporkan sedang membangunkan varian 5G untuk telefon tersebut iaitu vivo Y75 5G.

Spesifikasi vivo Y75 5G telah pun tertiris, di mana ia mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 8GB dengan tambahan RAM maya 4GB, storan dalaman 128GB, skrin Full HD+ berukuran 6.58 inci, bateri besar 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W. Daripada segi perisian pula, ia mempunyai Funtouch OS 12 berdasarkan Android 12.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, dua kamera tambahan 2MP dan satu kamera swafoto 16MP. Sebuah pengimbas cap jari juga dilaporkan akan berada di bahagian sisi, manakala warnanya terdiri daripada biru Aurora dan hitam.

Setakat ini, vivo Y75 5G dikhabarkan bakal dilancar di India pada akhir bulan Januari 2022. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: My Smart Price

Exit mobile version