Site icon TechNave BM

Spesifikasi Xiaomi 12 Ultra didedah: Mungkin miliki quad-kamera, bateri 5,000mAh & cipset SD 8 Gen 1+

Xiaomi 12 Ultra mungkin ditangguhkan sehingga penggal kedua tahun 2022 kerana Xiaomi ingin melancarkan peranti itu dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1+ yang akan datang dan bukannya cip Snapdragon 8 Gen 1.

Laporan di @Shadow_leaks telah mendedahkan beberapa spesifikasi dan pemaparan konsep peranti andalan ini. Mereka menyatakan bahawa telefon pintar itu akan hadir dengan paparan AMOLED 2K E5 6.73 inci dengan teknologi skrin LTPO 2.0 yang menyokong warna 10 bit dan mungkin mempunyai kadar penyegaran semula 120Hz.

Sumber turut menyatakan bahawa ia akan hadir dengan Snapdragon 8 Gen 1 namun maklumat terbaru menunjukkan kemungkinan lain. Peranti dikatakan akan menampilkan dua sensor Sony IMX766 50MP yang berfungsi sebagai kamera utama dan ultralebar serta lensa potret 16MP dan kamera telefoto IMX586 48MP.

Namun, pendedahan sebelum ini menggambarkan bahawa Xiaomi 12 Ultra akan mempunyai persediaan tri-kamera yang serupa dengan Xiaomi 11 Ultra iaitu sensor utama 50MP, ultralebar 48MP dan satu lagi sensor telefoto periskop 40MP.

Selain itu, mereka mendedahkan bahawa Xiaomi 12 Ultra berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W. Ia berkemungkinan menggunakan MIUI berasaskan Android 12, pembesar suara stereo dan kalis air dan habuk IP68.

Kami tidak dapat memberi sebarang kepastian mengenai segala butiran di atas. Sementara itu, kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version