Site icon TechNave BM

Spesifikasi Xiaomi 14 Ultra tertiris, mungkin dilengkapi kamera Leica, cas pantas 90W

Xiaomi sudah pun mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan Xiaomi 14 Ultra pada 25 Februari 2024, namun rekaan dan spesifikasi telefon itu masih belum diketahui. Kini pengkhabar berita teknologi ternama, Yogesh Brar, telah berkongsi spesifikasi telefon tersebut yang kini telah tertiris.

Beliau menyenaraikan beberapa spesifikasi yang boleh dijangka untuk telefon andalan seperti ini, termasuklah:

Jika spesifikasi ini benar, ia bermaksud Xiaomi 14 Ultra tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Xiaomi 13 Ultra yang dilancar pada tahun lalu, selain daripada cipset Qualcomm yang lebih baharu. Selain itu, kapasiti bateri juga ditingkatkan daripada 5,000mAh kepada 5,300mAh.

Xiaomi 14 Ultra dikhabarkan akan menggunakan sensor Sony LYT-900 pada kamera utamanya, dengan nilai apertur boleh ubah bermula daripada f/1.6, manakala kamera telefoto 5x akan menggunakan apertur f/2.5, lebih besar daripada f/3.0 dalam Xiaomi 13 Ultra.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version