Site icon TechNave BM

Video sekilas pandang dan spesifikasi Xiaomi Mi 10 bocor sebelum pelancaran

Dengan pembatalan MWC 2020, pelbagai jenama bakal mengadakan acara yang tersendiri untuk pendedahan produk mereka. Bagi Xiaomi, mereka bakal mengadakan pelancaran secara langsung di China pada hari ini, tetapi beberapa maklumat seperti video sekilas pandang dan spesifikasi teknologi siri Mi 10 telah dibocorkan.

Maklumat pada pendedahan ini mengesahkan pelbagai spesifikasi yang telah dikhabarkan sebelum ini. Ia mengesahkan bahawa kedua-dua Mi 10 dan Mi 10 pro bakal hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 865, RAM 12GB dan paparan 6.67 inci. Dengan pemaparan skor di GeekBench sebelum ini melalui varian Mi 10 Pro RAM 8GB, nampaknya kedua-dua peranti bakal hadir dengan beberapa varian.

Berkenaan cirinya, paparan AMOLED Mi 10 dan Mi 10 Pro hadir dengan kadar segar semula 90Hz. Kedua-dua peranti akan mendapat sokongan pengecasan wayarles 30W dan pengecasan pantas berwayar 50W. Siri Mi 10 ini juga bakal hadir dengan sokongan 5G.

Selain itu, video sekilas pandang Mi 10 juga ditemui melalui Weibo. Video tersebut menunjukkan paparan yang lancar, kamera hadapan di bawah skrin berlubang dan tetapan kamera belakang. Kami berharap agar semoga peranti bagus ini tiba di Malaysia.

Apakah pandangan anda tentang siri Xiaomi Mi 10 setakat ini? Adakah telefon pintar ini yang anda tunggu? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan kemas kini berita Xiaomi Mi 10 melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version