Site icon TechNave BM

Spesifikasi ZTE Axon 30 Ultra bocor, kamera bawah skrin generasi ke-2, mungkin berharga ~RM4,966

Pada tahun lalu, ZTE telah melancarkan ZTE Axon 20 5G yang dilengkapi kamera swafoto bawah skrin pertama di dunia. Kini, mereka dikhabarkan akan melancarkan generasi baru siri ini dengan model tertinggi yang diberi nama Axon 30 Ultra (mungkin Axon 30 Pro+) dan spesifikasinya telah tertiris dalam talian.

Axon 30 Ultra ini bakal hadir dengan empat kamera pada bahagian belakang, tiga daripadanya adalah sensor 64MP. Selain itu, ia akan menggunakan skrin AMOLED 6.9 inci 120Hz dengan resolusi QHD+. Ia mungkin akan hadir dengan kadar segar semula adaptif, sama seperti yang digunakan oleh telefon andalan jenama lain.

Kamera ZTE Axon 30 Ultra (Axon 30 Pro+)

Mengikut sumber, ZTE Axon 30 Ultra akan menggunakan teknologi kamera bawah skrin generasi yang kedua. Ia dikatakan dapat menghasilkan kualiti gambar dan video yang lebih baik berbanding generasi lalu.

Peranti ini juga dikhabarkan akan menggunakan cipset Snapdragon 888, RAM 12GB, storan 256GB, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 55W. Ia mungkin akan dijual pada tanda harga bermula $1200 (~RM4,966).

Siri Axon 30 ini bakal hadir dengan tiga model berbeza iaitu Axon 30, Axon 30 Pro dan Axon 30 Ultra (Axon 30 Pro+). Siri ini akan memasuki pasaran China pada 15 April ini.

Adakah anda berminat dengan peranti ini sekiranya ia masuk ke pasaran Malaysia? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version