Site icon TechNave BM

Spotify bakal lancarkan ciri “block” pengguna lain di aplikasi

Anda mungkin mempunyai seseorang yang anda kurang suka atau tidak minat. Kini, Spotify sedang mengemas kini ciri menyekat pengguna lain pada platformnya supaya anda dapat menyekat pengguna lain yang anda tidak suka daripada mengakses ke saluran spotify anda. Anda boleh lakukan penyekatan di aplikasi Spotify daripada desktop atau peranti mudah alih.

Ramai pengguna mencadangkan cara untuk menyekat orang lain secara langsung. Pada tahun 2018, Spotify menerima idea tersebut namun ia secara rasmi tidak menunjukkan pembangunannya. Pada tahun 2019, Spotify mula membuat ciri untuk pengguna menyekat artis yang tidak minati dengan butang “Jangan mainkan artis ini” (Don’t play this artist). 

Untuk menyekat seseorang di Spotify, anda perlu ke profil mereka dan klik butang “Sekat” (block) atau “Sekat Pengguna” (block user) di peranti dan pengguna tersebut tidak dapat mengakses dan melihat aktiviti anda di aplikasi. Seperti yang anda jangkakan, terdapat pilihan “Nyahsekat” (unblock) sekiranya anda berubah fikiran.

Spotify memperkenalkan ciri sekatan untuk memberikan pengguna pengalaman terbaik dengan persekitaran yang selamat untuk mereka mendengar muzik dan podcast. Kami menjangkakan ciri sekatan akan dilancarkan pada minggu ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version