Site icon TechNave BM

Spotify catat bayaran tertinggi untuk industri muzik dengan ~RM43.9 bilion sepanjang 2024

Spotify hari ini mengumumkan pencapaian terbaharunya dengan pembayaran sebanyak $10 bilion (~RM 43.9 bilion) kepada industri muzik sepanjang tahun 2024. Dengan jumlah ini, Spotify kini menyumbang satu pertiga daripada keseluruhan hasil rakaman muzik global. Sehingga kini, Spotify telah membayar kira-kira $60 bilion kepada industri muzik sejak penubuhannya.

Menurut Spotify, sekitar 10 tahun lalu, pada tahun 2014, syarikat itu hanya membayar sebanyak $1 bilion dengan jumlah pelanggan berbayar seramai 15 juta. Selain itu, Spotify turut berkongsi bahawa lebih daripada 10,000 artis memperoleh lebih $100,000 setahun hanya melalui Spotify sahaja.

Ini menunjukkan bagaimana platform ini membantu pemuzik menjana pendapatan yang lebih stabil dalam industri yang semakin berkembang. Melangkah ke hadapan, Spotify menyatakan bahawa mereka telah mencapai 1 bilion pelanggan berbayar merentasi pelbagai perkhidmatan penstrimannya.

Perkembangan ini bukan sahaja menyumbang kepada kemajuan industri muzik tetapi juga membantu artis memperoleh lebih banyak pendapatan melalui karya mereka serta mencapai audiens yang lebih luas dengan mudah. Dengan pencapaian ini, Spotify terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju utama dalam industri penstriman muzik global.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Spotify

Exit mobile version