Site icon TechNave BM

Spotify Malaysia tawarkan langganan prabayar harian dan mingguan bermula RM1.50

Penggemar muzik di Malaysia kini boleh melanggan kepada perkhidmatan pelayaran muzik Spotify dengan pelan langganan baru berasaskan harian atau mingguan. Pelan tersebut bermula pada RM1.50 untuk satu hari dan RM4.90 untuk satu minggu. Pelanggan juga boleh memilih langganan untuk sebulan, tiga bulan atau 12 bulan di mana Spotify mengatakan pelanggan boleh berjimat sehingga RM41.80.

Langganan ini juga berdasarkan pembayaran satu kali sahaja dan tidak akan diperbaharui secara automatik, jadi anda hanya perlu membayar sewaktu ingin melanjutkan langganan. Anda juga boleh membayar melalui Maxis, Digi atau Celcom dengan pelan pascabayar atau prabayar telko tersebut.

Langganan ini menawarkan ciri yang serupa dengan pelan Spotify sebelum ini, di mana pelanggan boleh menikmati muzik tanpa sebarang iklan, memuat turun untuk mendengar di luar talian (offline) dan kebebasan untuk memilih mana-mana hari untuk mengaktifkan langganan mereka.

Buat pelanggan Spotify Premium Family pula, harganya akan dinaikkan daripada RM22.40 sebulan ke RM23.80 sebulan bermula bulan Mac 2021, berdasarkan kenyataan dalam sebuah newsletter daripada Spotify Team.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan melanggan ke pelan baru Spotify ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version