Site icon TechNave BM

Spotify Malaysia tawarkan pelan Premium secara percuma selama 3 bulan

Bermula hari ini, perkhidmatan pelayaran audio Spotify Malaysia akan menganjurkan promosi khas buat para pengguna baru di mana mereka boleh cuba langganan Individual Premium secara percuma selama tiga bulan. Spotify Premium adalah sebuah pakej khas di mana pengguna boleh melayari semua muzik kegemaran mereka tanpa sebarang iklan.

Buat pengguna sedia ada yang pernah melanggan kepada pelan Individual Premium dan menamatkan langganan mereka sebelum ini, mereka boleh melanggan semula untuk tempoh tiga bulan dengan harga promosi RM14.90 sahaja.

Kedua-dua promosi akan berlansung sehingga hari Selasa, 22 Jun 2021. Pelanggan Individual Premium akan menerima akses tanpa had kepada lebih 70 juta lagu serta 2.6 juta podcast pada bila-bila masa.

Layari laman web Spotify Premium untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version