Spotify baru sahaja menaikkan harga langganan Premium di Malaysia, dipercayai berkait dengan pelancaran ciri baharu Lossless Audio yang lama dinantikan. Kadar baharu adalah seperti Individu pada RM17.50/bulan, Pelajar berharga RM9.50/bulan, Duo pula pada RM24.50/bulan dan Keluarga dengan RM27.90/bulan.
Bagi pelanggan sedia ada, harga ini akan dikuatkuasakan secara automatik pada kitaran bil seterusnya. Spotify menjelaskan bahawa kenaikan ini penting untuk memastikan platform terus mampan serta memberikan pengalaman muzik terbaik.
Kenaikan ini berlaku seiring dengan pengumuman rasmi Spotify mengenai Lossless Listening (penstriman dalam format FLAC sehingga 24-bit/44.1 kHz) untuk pengguna Premium di pasaran terpilih. Dahulu, ramai menjangka ciri ini akan ditawarkan melalui pelan khas yang lebih mahal (dikenali sebagai “Spotify HiFi” atau “Music Pro”) tetapi Spotify mengesahkan ia kini disertakan dalam langganan Premium tanpa caj tambahan sekurang-kurangnya buat masa ini.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Spotify

