Site icon TechNave BM

Spotify sedang uji ciri “Your Offline Mix”, bolehkan pengguna mendengar ketika luar talian

Spotify membenarkan pengguna memuat turun lagu, album dan senarai main untuk mendengar di luar talian tetapi perlu memilih setiap satu secara manual. Kini, syarikat itu sedang menguji ciri yang dipanggil “Your Offline Mix” yang akan menyimpan gabungan lagu anda yang baru dimainkan apabila tiada sambungan internet.

Ciri ini kelihatan serupa dengan ciri Senarai Campuran Luar Talian YouTube yang dikeluarkan pada tahun 2019. Ciri ini sedang dalam ujian dan masih belum jelas bila ia akan tersedia tetapi salah seorang pengguna Twitter menyebut bahawa dia telah melihat ciri tersebut dalam aplikasi mereka.

Salah seorang pengguna menyatakan bahawa mereka telah memuat turun hampir 90 peratus lagu dalam campuran mereka. Selain itu, tangkapan skrin menunjukkan campuran lagu untuk mod luar talian adalah selama tiga jam setengah. Ciri ini sangat berguna ketika melancong atau berada di lokasi terpencil dyang tiada sambungan internet.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version