Site icon TechNave BM

Spotify tidak puas hati dengan Apple One

Apple One telah diumumkan secara rasmi di acara Apple pada pagi tadi. Ia adalah sebuah langganan perkhidmatan yang menghimpunkan beberapa perkhidmatan Apple termasuklah Apple TV Plus, Apple Arcade, storan iCloud dan juga Apple Music.

Namun, platform penstriman musik terkemuka, Spotify tidak berpuas hati dengan langkah yang dilakukan oleh syarikat Apple ini. Mereka telah memberi kenyataan rasmi kurang dari sejam sebelum acara Apple ini berakhir.

Kenyataan rasmi dari Spotify

Dalam kenyataan ini, Spotify menyatakan bahawa Apple telah menggunakan kuasanya untuk memonopoli pasaran langganan perkhidmatan dan akan menyebabkan keburukan kepada pesaing yang lain.

Spotify juga menyatakan bahawa langkah ini akan memberi kesan negatif kepada komuniti pembina (developer) dan menggugat kebebasan bersama untuk mendengar, belajar, membuat, dan berhubung.

Adakah benar langkah ini akan menyebabkan keburukan kepada pesaing Apple seperti Spotify? Nanti berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version