Site icon TechNave BM

Spotify uji ciri pembelajaran berasaskan video, hadir dengan 4 kategori utama

Hari ini, Spotify telah melancarkan ujian untuk kursus berasaskan video bagi pengguna di United Kingdom (UK). Spotify bekerjasama dengan syarikat teknologi pendidikan termasuk BBC Maestro, PLAYvirtuoso, Skillshare dan Thinkific untuk membawa kandungan video terus kepada pengguna Spotify.

Pengguna di UK kini boleh mencari video kursus bersama muzik, podcast dan buku audio. Kandungan untuk kursus di Spotify merangkumi pelbagai topik yang dikategorikan kepada empat tema utama iaitu membuat muzik, menjadi kreatif, perniagaan dan hidup sihat.

Dengan tawaran ini, Spotify sedang meneroka peluang yang berpotensi untuk menyediakan pencipta pendidikan dengan khalayak baharu yang boleh mengakses kandungan video mereka dan menjangkau lebih ramai pengguna Spotify.

Kira-kira separuh daripada pelanggan Spotify Premium telah terlibat dalam pendidikan atau podcast bertemakan bantuan diri. Untuk ujian ini, pengguna biasa dan pelanggan Premium akan dapat mencuba sekurang-kurangnya dua pelajaran setiap kursus secara percuma.

Namun, apabila ingin melanjutkan kursus, anda boleh membeli pelajaran tambahan yang boleh dilakukan pada halaman web khusus. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Spotify

Exit mobile version