Site icon TechNave BM

Spotify umumkan pelan langganan Audiobook, bermula ~RM47.40/bulan

Sebelum ini, Spotify telah melancarkan buku audio tetapi tiada rancangan khas untuknya. Namun, ia berubah hari ini dengan pelancaran peringkat langganan Audiobooks Access baharu. Langanan akan berharga $9.99 (~RM47.40) dan memberi anda akses kepada 15 jam mendengar buku audio serta lebih 200,000 tajuk buku. 

Pelanggan juga boleh terus mendengar muzik dan podcast secara percuma yang disokong iklan. Spotify menawarkan beberapa pelan langganan yang disesuaikan untuk memenuhi pelbagai pilihan pengguna. Spotify mengatakan bahawa sejak melancarkan buku audio dalam Premium, ia dilihat meningkat 45% dalam pengguna percuma.

Pendengar mencari dan berinteraksi dengan kandungan buku audio setiap hari. Langganan Audiobooks Access pada masa ini hanya tersedia di Amerika Syarikat. Sama-sama kita nantikan jika aplikasi ini turut dilancarkan di wilayah lain termasuk Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Spotify

Exit mobile version