Site icon TechNave BM

Spotify Wrapped 2021 Malaysia: BTS mengungguli carta penstriman lagu paling banyak didengar

Hari ini, Spotify melancarkan kempen Wrapped tahunan 2021 mereka dan pengalaman pengguna yang diperibadikan. Pada masa yang sama, kami senaraikan artis, album, lagu, senarai main dan podcast teratas yanf sering didengari oleh pengguna.

Fenomena K-Pop global, BTS memperoleh tempat artis paling banyak distrim di Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut. Tiga lagu daripada album BTS iaitu BE, Love Yourself 結’Answer’ dan MAP OF THE SOUL: 7 – menjadi album teratas manakala lagu BUTTER menjadi lagu yang paling banyak distrim pada tahun ini.

Justin Bieber, Taylor Swift, Ariana Grande dan Olivia Rodrigo menduduki tempat kedua hingga kelima dalam senarai artis teratas. SOUR karya Olivia Rodrigo dan Justice Justin Bieber mendapat tempat teratas untuk kebanyakan album yang distrim.

Spotify turut mengeluarkan ciri Wrapped baharu iaitu: 

2021: The Movie – Sebuah montaj video lagu-lagu popular anda yang dimainkan digandingkan dengan adegan ikonik dari pawagam dalam filem tentang anda.

Aura Audio Anda (Audio Aura)– Gabungan kreatif mood, tempo, keceriaan dan juga seni artis/album anda untuk menggambarkan “aura” audio anda.

Bermain Kad (Playing Cards)– Permainan kebenaran dan pembohongan berasaskan data interaktif untuk mengetahui sejauh mana anda mengetahui audio anda sendiri dan mencabar rakan.

Wrapped 2021: Blend –Lihat cita rasa muzik 2021 anda dengan rakan, strim senarai main gabungan anda dan kongsi hasilnya di sosial.

Lebih banyak kebolehkongsian – Kongsi kad Wrapped anda terus di media sosial, termasuk TikTok untuk masa yang terhad.

Berikut merupakan strim tertinggi di Malaysia dan ‘Wrapped’ global 2021:

Artis terbanyak strim Malaysia

  1. BTS
  2. Justin Bieber
  3. Taylor Swift
  4. Ariana Grande
  5. Olivia Rodrigo

Artis wanita strim paling tinggi Malaysia

  1. Taylor Swift
  2. Ariana Grande
  3. Olivia Rodrigo
  4. Doja Cat
  5. Billie Eilish

Artis lelaki strim paling tinggi Malaysia

  1. Justin Bieber
  2. The Weeknd
  3. Bruno Mars
  4. Ed Sheeran
  5. Lauv

Malaysia Most Streamed Groups

  1. BTS
  2. BLACKPINK
  3. TWICE
  4. Maroon 5
  5. TOMORROW X TOGETHER

Album paling Banyak strim Malaysia

  1. SOUR, Olivia Rodrigo
  2. Justice, Justice Bieber
  3. BE, BTS
  4. Planet Her, Doja Cat
  5. Love Yourself 結 ‘Answer’, BTS

Lagu Malaysia paling tinggi di strim

  1. Butter, BTS
  2. Heartbreak Anniversary, Giveon
  3. drivers license, Olivia Rodrigo
  4. At My Worst, Pink Sweat$
  5. STAY (with Justin Bieber), The Kid LAROI

Artis tempatan strim paling tinggi Malaysia

  1. Dato’ Sri Siti Nurhaliza
  2. Yonnyboii
  3. Naim Daniel
  4. Hujan
  5. Haqiem Rusli

Senarai main O&O strim paling tinggi Malaysia

  1. Hot Hits Malaysia
  2. Today’s Top Hits
  3. Carta Malaysia 50
  4. It’s a Hit!
  5. K-Pop Daebak

Podcast paling popular Malaysia

  1. Jalan Damai
  2. Maifors Studio | Podcast
  3. Sebuah Perjalanan
  4. Kajian Islam Dan Murottal Qu’ran
  5. TED Talks Daily

Artis global teratas

  1. Bad Bunny
  2. Taylor Swift
  3. BTS
  4. Drake
  5. Justin Bieber

Album strim global teratas

  1. SOUR, Olivia Rodrigo
  2. Future Nostalgia, Dua Lipa
  3. Justice, Justin Bieber
  4. =, Ed Sheeran
  5. Planet HER, Doja Cat

Lagu strim global teratas

  1. drivers license, Olivia Rodrigo
  2. MONTERO (Call Me By Your Name), Lil Nas X
  3. STAY (with Justin Bieber), The Kid LAROI
  4. good 4 u, Olivia Rodrigo
  5. Levitating (feat. DaBaby), Dua Lipa

Podcast global teratas

  1. The Joe Rogan Experience
  2. Call Her Daddy
  3. Crime Junkie
  4. TED Talks Daily
  5. The Daily

Genre podcast paling popular di seluruh dunia

  1. Komedi
  2. Masyarakat & budaya
  3. Edukasi
  4. Kesihatan & kecergasan
  5. Muzik

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version