Windows 11 sebelum ini mengalami beberapa masalah dan selepas beberapa bulan dilancarkan, masih terdapat isu baharu yang ditemui. Bagaimanakah kelajuan SSD anda sejak anda mengemas kini kepada Windows 11? Sesetengah pengguna melaporkan bahawa prestasi SSD NVMe mereka menjadi perlahan dengan ketara.
Isu ini paling kerap menjejaskan kelajuan tulis rawak (random write) yang jadi lebih perlahan sehingga 2x hingga 4x daripada sebelum ia dikemas kini. Ini nampaknya tidak menjadi isu dengan pemacu kerana ia mempengaruhi semua jenama pengeluar.
Bagi sesetengah pengguna, ia lebih teruk dengan kelajuan membaca rawak yang menurun. Sesetengah melaporkan bahawa isu itu hanya menjejaskan pemacu yang dipasang untuk Windows 11 manakala SSD kedua beroperasi dengan normal. Yang khairannya, kelajuan membaca dan menulis untuk SSD kedua beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas (ada laporan bahawa ianya bertambah baik).
Isu ini bukanlah isu yang baharu, ia muncul tiga bulan lalu (semasa W11 masih dalam versi beta). Salah seorang pekerja Microsoft mengesahkan bahawa pasukan itu menyedari isu itu dan sedang menyiasat puncanya. Perbincangan mengenai isu ini masih aktif di forum Microsoft sejak beberapa hari lalu. Namun, tiada sebarang penyelesaian masalah daripada Microsoft.
Adakah anda juga menghadapi isu yang sama? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

