Site icon TechNave BM

STEAM akan melaksanakan cukai servis digital 6% pada 1 Januari 2020

Pelaksanaan cukai digital terhadap servis luar negara dalam talian telah diumumkan dan bakal dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2020. Hari ini merupakan dua hari sebelum pelaksanaan bermula. Hanya beberapa syarikat sahaja yang telah memperkenalkan pelaksanaan cukai ini pada servis mereka kepada umum.

Salah satu daripada syarikat tersebut adalah servis distribusi terkenal untuk game komputer peribadi PC, Steam daripada Valve. Pelaksanaan cukai digital boleh ditemukan dalam bahagian Steamworks Documentation Tax FAQ yang menyatakan harga game bermula pada 1 Januari 2020. Syarikat tersebut juga menyatakan bahawa mereka akan memindahkan cukai kepada pihak berkuasa secara berkala.

Dokumentasi Steamworks

Apa pun, masih tidak pasti jika cukai digital baru akan menaikkan harga game untuk pengguna Malaysia dalam Steam. Adakah anda akan berhenti membeli game PC jika ianya terjadi? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita teknologi tempatan terkini di TechNaveBM.com.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version