Site icon TechNave BM

Steam Deck benarkan pengguna untuk hadkan kadar skrin kepada 30Hz untuk jimat bateri

Konsol gaming mudah alih Steam Deck telah pun menerima sambutan yang menggalakkan sejak ia diperkenalkan pada awal bulan ini. Walau bagaimanapun, ramai tertanya-tanya tentang prestasinya untuk memainkan game PC kerana kebanyakan game PC memerlukan spesifikasi yang agak tinggi.

Bagi menjelaskan persoalan itu, seorang wakil dari Valve, Pierre-Loup Griffais menjelaskan bahawa Steam Deck bakal boleh memainkan kebanyakan game dalam kadar skrin sekurang-kurangnya 30fps. Beliau mengatakan game-game yang telah diuji oleh Valve berjaya dimainkan pada kadar yang lebih tinggi daripada 30fps.

Selain itu, pemain juga boleh mengaktifkan pengehad kadar skrin (FPS limiter) jika mereka ingin memanjangkan hayat bateri atau melaraskan prestasi dengan lebih teliti.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version