Site icon TechNave BM

Steam senaraikan “game” PC yang paling banyak dimainkan pada 2020, termasuk Among Us, GTAV

Perkhidmatan gaming PC Steam telah mengeluarkan senarai Best of Steam iaitu senarai game yang paling mendapat sambutan sepanjang tahun ini. Apa yang menarik dalam senarai ini adalah beberapa game yang sudah pun berusia beberapa tahun masih lagi banyak dimainkan oleh para gamer di seluruh dunia pada 2020.

Tentunya game yang paling menarik perhatian adalah Among Us, sebuah game yang dilancar pada 2018 namun mendapat populariti mendadak pada tahun ini. Selain itu, game yang kerap muncul dalam senarai ini termasuklah:

Steam membahagikan game mengikut enam kategori: Paling Laris (Top Sellers), Pelancaran Baru (New Releases), Paling Dimainkan (Most Played), Game Early Access Yang Dilancarkan Secara Rasmi (Early Access Graduates), Game Realiti Maya Terbaik (Best of VR) dan Game Terbaik Yang Dimainkan Dengan Controller (Top Controller Games).

Untuk kategori Paling Dimainkan, Steam telah meninggikan kriteria untuk game yang perlu disenaraikan berikutan peningkatan pemain yang ketara pada tahun ini. Game yang ingin disenaraikan dalam kategori ini perlu mencecah jumlah pemain pada satu masa (concurrent players) sebanyak 200,000 pemain, iaitu dua kali ganda berbanding tahun kriteria untuk tahun lepas.

Anda boleh lihat senarai penuh di laman web Steam. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Steam Blog

Exit mobile version