Site icon TechNave BM

Stok Xbox Series X kembali tersedia dalam pasaran, berjaya atasi isu kekurangan cip

Stok Xbox Series X akhirnya kembali selepas kekurangan semikonduktor semasa pandemik. Peminat pasti menyedari stok Xbox Series X telah mula disediakan di kedai dalam talian dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Nampaknya, Microsoft mungkin tidak lagi terganggu dengan kekurangan itu.

Hal ini pasti perlukan usaha yang banyak dan tidak berlaku dalam masa yang sekejap. Nick “Shpeshal” Baker dari XboxEra mendakwa bahawa Microsoft telah membuat sejumlah bayaran besar pada April tahun lalu untuk mengutamakan pengeluaran cip. Oleh itu, orang ramai boleh melihat lebih banyak stok di kedai dalam talian sekarang.

Tambahan stok Xbox Series X juga telah membantu syarikat itu mengatasi jualan PlayStation 5 (PS5) di Eropah dalam Februari lepas. Berkemungkinan juga terdapat tambahan stok PS5 kelak. Namun, jualan PS5 telah menurun sejak beberapa bulan ini kerana orang ramai agak sukar untuk mendapatkan konsol tersebut dalam pasaran.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Techradar

Exit mobile version