Site icon TechNave BM

Storan percuma tanpa had untuk Google Photos akan berakhir 1 Jun ini!

Beberapa bulan yang lalu, Google telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan penawaran storan percuma tanpa had untuk Google Photos bermula 1 Jun 2021.

Selepas 1 Jun, Google hanya akan memberikan storan sebanyak 15GB sahaja . Google menyatakan bahawa fail di dalam Google Photos, Google Drive, Gmail dan lain-lain akan dikira sebahagian daripada kuota 15GB tersebut.

Ini bermakna fail Google Docs, Sheets, Slides juga akan dikira kerana ia sebahagian daripada Google Drive.

Untuk Google Photos, kesemua fail termasuk gambar dan video yang telah dimuat naik sebelum 1 Jun tidak akan dikira. Hanya, fail-fail yang disimpan atau diubah suai selepas itu sahaja yang akan dikira di dalam kuota 15GB.

Yang menarik, jika anda pengguna telefon pintar Pixel dari Google, anda tidak perlu risau tentang perkara ini. Anda akan mendapat akses kepada storan tanpa had untuk Google Photos.

Namun, jika anda bukan pengguna Pxiel dan anda anda inginkan storan yang lebih besar, anda boleh melanggan Google One yang menawarkan storan setinggi 2TB. Pelan ini boleh dilanggan dengan harga serendah RM8.49 setiap bulan.

Adakah anda berpuas hati dengan tindakan Google ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version