Site icon TechNave BM

‘Streaming’ di telefon lebih mudah, Facebook bakal lancarkan aplikasi ‘gaming’

Terkini, Facebook menyatakan bahawa mereka akan melancarkan sebuah aplikasi sebagai platform penstriman khas untuk institusi gaming. Aplikasi gaming mudah alih ini bakal dilancarkan pada 20 April ini, selari dengan keperluan warganet yang rata-rata berada di dalam rumah untuk mematuhi perintah kuarantin di seluruh dunia.

Jika anda ingin membayangkan aplikasi ini, anda boleh membayangkan platform Twitch atau YouTube. Namun, kami merasakan Facebook mengambil langkah yang agak besar dengan ketersediaan aplikasi di telefon pintar. Aplikasi ini bakal tersedia untuk pengguna Android terlebih dahulu, disusuli dengan pengguna iOS. Nampaknya, pengalaman menstrim game bakal menjadi lebih mudah!

Apa yang menariknya, Facebook bakal menambah butang fungsi ‘Go Live’ untuk memudahkan penstriman. Jadi, anda boleh menstrim game melalui telefon pintar anda. Kami menjangkakan aplikasi ini bakal menjadi kebiasaan yang baru untuk penstrim game di luar sana.

Adakah anda teruja dengan kemunculan aplikasi ini? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita pelancaran aplikasi ini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: The Verge

Exit mobile version