Site icon TechNave BM

Struktur tambang baharu Grab Malaysia, beri pampasan yang lebih baik kepada pemandu

Laporan semalam nampaknya benar kerana Grab Malaysia sedang melaksanakan struktur tambang baharu pada waktu puncak di Lembah Klang yang akan menjadikannya lebih mahal apabila perjalanan tersekat dalam lalu lintas. 

Kini, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah bertindak balas terhadap pelarasan harga dan mengumumkan bahawa ia akan meneliti perkara itu. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa beliau telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk berbincang dengan Grab Malaysia berhubung struktur tambang baharu itu. 

Beliau mendedahkan MOT masih belum menerima sebarang maklumat mengenai penstrukturan semula tambang dan perubahan itu adalah keputusan komersial oleh Grab Malaysia. 

Dalam satu kenyataan, Grab Malaysia menegaskan bahawa perubahan dalam struktur tambang dan insentif bertujuan untuk memberi pampasan yang lebih baik kepada pemandu. Sebahagian besar tambang perjalanan adalah kekal tidak berubah, hanya dengan beberapa kenaikan dan penurunan kecil.

Grab Malaysia turut menjelaskan bahawa tambang telah disemak berdasarkan masa yang diambil untuk menyelesaikan perjalanan dan kurang pada jarak perjalanan. Pengguna disarankan untuk menetapkan amaran melalui ciri ‘Pemberitahuan Tambang’ dalam aplikasi Grab mereka. Mereka akan dimaklumkan jika tambang turun dalam masa 15 minit akan datang.

Ketahui malumat lanjut mengenai struktur tambang baharu di laman web rasmi Grab. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version