Site icon TechNave BM

Studio Display membolehkan ciri “Hey Siri” pada Mac lama

Studio Display baharu Apple membolehkan arahan suara “Hey Siri” pada beberapa Mac lama yang sebelum ini tidak menyokong ciri tersebut. Kini, ciri ini boleh digunakan pada model 2016 dan 2017 MacBook Pro 13 inci dan 15 inci setelah disambungkan ke Studio Display. 

Ciri ini juga dibolehkan pada model iMac 2017 hingga 2019 bagi iMac 21.5 inci dan iMac 27 inci semasa disambungkan ke Studio Display. Ia turut menyokong pada desktop Mac walaupun dipasangkan dengan paparan bukan berjenama Apple termasuk Mac Pro 2019 dan 2018 dan model Mac mini yang baharu.

Berikut merupakan senarai penuh Mac yang serasi dengan Studio Display pada macOS Monterey 12.3 atau lebih baru:

Studio Display membawa saiz skrin 27 inci dengan resolusi 5K, kamera ultra Lebar 12MP peringkat pertengahan, enam pembesar suara Audio Spatial, satu port Thunderbolt 3 dan tiga port USB -C. Harga bermula pada RM6,999 untuk model dengan kaca standard manakala RM8,299 untuk kaca tbertekstur nano.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Macrumors 

Exit mobile version