Site icon TechNave BM

Studio Double Eleven akan beroperasi di Bangsar

INDUSTRI kreatif terutama segmen pembangunan permainan di negara ini bakal lebih rancak apabila syarikat pembangun permainan tersohor berpangkalan di United Kingdom iaitu Double Eleven akan mengembangkan operasi studio kendaliannya pada suku pertama tahun ini.

Syarikat berkenaan mengumumkan perkara berkenaan berhubung pembangunan studio miliknya yang beroperasi di Bangsar, Kuala Lumpur. Studio berkenaan menyediakan kelengkapan penuh bersama keupayaan untuk beroperasi sebagai sebuah pusat pembangun permainan baharu di negara ini.

Pembangunan berkenaan turut membuka peluang pekerjaan kepada tenaga pakar tempatan termasuk pereka muda yang mempunyai kecenderungan untuk membangunkan kreativiti dalam aspek animasi kreatif.

Pengasas Double Eleven, Lee Hutchinson berkata, Malaysia mempunyai kualiti bakat yang sangat mengagumkan dan ia antara kriteria utama syarikat berkenaan sebelum membuat keputusan untuk meluaskan lagi operasi studio berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Bahagian Kandungan Digital Kreatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Hasnul Hadi Samsudin berkata, negara banyak menghasilkan kandungan digital yang baik sejak 15 tahun lalu.

Ia turut membuka mata syarikat pembangun permainan luar untuk memilih Malaysia sebagai satu daripada jaringan studio mereka kerana ekosistem ekonomi yang positif serta ia mendapat dorongan daripada kerajaan. Teruskan bersama kami di laman Facebook dan sentiasa bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang terkini.

Sumber : MyMetro

Exit mobile version