Site icon TechNave BM

Suarakan masalah telekomunikasi anda kepada bancian Forum Pengguna Multimedia sebelum 17 Julai

Forum Pengguna Multimedia dan Komunikasi (CFM) pada masa ini sedang mengadakan bancian secara dalam talian di mana agensi kerajaan itu ingin mengumpulkan isu-isu telekomunikasi yang dihadapi oleh rakyat.

Untuk menyertai bancian ini, anda boleh membalas ciapan di bawah ataupun layari laman-laman rasmi CFM. Hasil bancian yang akan berakhir pada Jumaat, 17 Julai ini akan diketengahkan kepada pihak berkepentingan dalam menaik taraf mutu infrastruktur komunikasi negara.

Mereka yang ingin menyumbang dalam bancian ini perlu berkongsi lokasi, kongsi gambar bukti dan nyatakan syarikat telekomunikasi anda. CFM mengingatkan kepada penyumbang agar tidak menyertakan maklumat peribadi anda.

Ayuh bantu CFM dalam memberi perkhidmatan telekomunikasi yang lebih baik. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version