Site icon TechNave BM

Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditunda ke tarikh 23 Julai 2021

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai penangguhan temasya sukan Olimpik sehingga ke tarikh yang bakal diberitahu semula kelak (mungkin pada tahun 2021). Penganjur kini mengumumkan tarikh baru sukan Olimpik iaitu pada 23 Julai 2021.

Pengumuman ini sekaligus mengesahkan bahawa Olimpik Tokyo ditunda kepada tarikh baru itu. Pihak Olimpik Tokyo 2020 memberitahu bahawa temsya tersebut bakal dilangsungkan pada 23 Julai 2021 hingga 8 Ogos 2021. Sukan Paralimpik pula bakal dilangsungkan pada 24 Ogos 2021 hingga 5 September 2021.

Keputusan ini bukanlah dicapai sewenang-wenangnya. Penangguhan ini adalah untuk kebaikan bersama bagi membendung penularan COVID-19.

Adakah anda berpuas hati dengan langkah proaktif pihak penganjur ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: NST

Exit mobile version