Site icon TechNave BM

SUKMA 2020 ditangguh kerana wabak COVID-19

Berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih tidak diketahui penghujungnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan bahawa acara sukan kebangsaan dwitahunan, Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020, akan ditangguhkan ke tarikh yang belum ditentukan.

Menteri KBS, Datuk Seri Reezal Merican mengatakan tarikh baharu akan diputuskan selewat-lewatnya awal Mei depan. Tarikh baharu akan diputuskan melalui pilihan majoriti antara Disember 2020 atau dianjakkan ke 2021.

Keputusan ini diambil selepas mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan atlet, jurulatih, pegawai serta semua yang terbabit dalam temasya berkenaan. Tarikh asal SUKMA 2020 adalah pada 11 Julai sehingga 19 Julai.

Adakah anda kecewa dengan pembatalan ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version