Site icon TechNave BM

Sumber dakwa iPad mini mungkin diganti dengan iPhone yang lebih besar

Berita mengenai iPhone boleh lipat yang memiliki skrin sebesar tablet bukan lagi perkara yang baru dilaporkan. Namun, sumber terbaru kini mendakwa Apple mungkin akan menggantikan iPad mini dengan iPhone lipat.

Baru-baru ini, terdapat laporan yang menyatakan bahawa iPhone boleh lipat bakal hadir dengan sokongan stilus seperti Apple Pencil atau stilus baru. Paparan iPhone lipat dianggar berukurang kira-kira 7.3 inci hingga 7.6 inci. Pada mulanya, Apple dijangka melancarkan iPhone lipat pada September 2022, namun sumber dari EqualOcean menyatakan bahawa ia mungkin dilancar agak lewat iaitu pada tahun 2023.

Berkenaan dakwaan bahawa iPad mini bakal diganti dengan iPhone yang lebih besar contohnya iPhone lipat, kami merasakan bahawa Apple tidak mungkin akan mengorbankan iPad mini untuk iPhone lipat. iPad mini ialah salah satu pilihan baik untuk pengguna yang inginkan tablet bersaiz kecil, manakala iPhone lipat berada dalam kategori telefon pintar walaupun skrin lebarnya seperti ciri sebuah tablet.

Apa pun, pelbagai dakwaan pastinya akan lebih diketahui kesahihannya pada berita-berita yang akan datang. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Gambar dari iPhone in Canada

Exit mobile version