Site icon TechNave BM

Sumber dakwa pengeluaran i-Sinar tanpa syarat akan diumum minggu depan

Terkini, terdapat sumber yang melaporkan bahawa maklumat lanjut mengenai permohonan i-Sinar tanpa syarat bakal diumum pada minggu hadapan. Sebelum ini, permohonan i-Sinar hanya boleh dimohon melalui dua kategori.

Menurut sumber melalui Astro Awani, Kementerian Kewangan dijangka akan mengumumkan maklumat mengenai pengeluaran i-Sinar tanpa syarat pada hari Isnin, minggu hadapan. Namun, perbincangan masih lagi dijalankan untuk alternatif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan untuk pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.

Tambah sumber, KWSP sedang membincangkan mengenai jumlah sebenar pengeluaran dan struktur pembayaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP dilapor mungkin menarik kembali pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran itu.

Apa pun, kesemua maklumat ini hanya dari sumber terdekat dalam perbincangan sahaja. Kami sarankan agar anda menunggu maklumat rasmi dari pihak kerajaan atau KWSP.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani

Sumber gambar dari KWSP

Exit mobile version