Site icon TechNave BM

Sumber dedah Google Pixel 5a bakal dilancar 11 Jun ini

Peranti Google Pixel sepertinya tidak menempah nama sehebat jenama lain di pasaran Malaysia. Namun, kami percaya masih ada peminat setia Google Pixel di pasaran tempatan. Terdapat sumber tidak rasmi yang kini mendakwa Google Pixel 5a bakal dilancar pada 11 Jun 2021.

Menurut sumber, peranti Pixel seterusnya yang bakal hadir dalam waktu terdekat adalah Google Pixel 5a pada 11 Jun ini. Pixel 5a bakal menjadi pengganti untuk Google Pixel 4a yang dilancar pada tahun 2020. Sebagai makluman, Pixel 4a dan Pixel 4a 5G adalah dua peranti yang berbeza. Anda boleh menyemak spesifikasi Pixel 4a dan Pixel 4a 5G di pautan yang disediakan.

Selain Pixel 5a yang bakal hadir 11 Jun ini, Pixel 6 pula dilapor bakal hadir dengan rekaan skrin berlubang di tengah, tidak seperti rekaan skrin sebelum ini yang menempatkan lubang kamera swafoto di tepi. Pixel 6 juga dilapor berupaya untuk merakam video swafoto melalui kamera hadapan dalam 4K.

Apakah pandangan anda mengenai maklumat awal dari sumber tidak rasmi ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version