Site icon TechNave BM

Sumber dedah iPhone 12 mini bermula dengan storan 64GB, iPhone 12 Pro bermula 128GB

Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, siri iPhone 12 mungkin akan dilancarkan sekitar 13 Oktober ini. Terkini, pendedah maklumat Apple terkenal memberi maklumat mengenai varian storan untuk siri iPhone 12.

iPhone 12 mini (5.4 inci) dan iPhone 12 (6.1 inci) mungkin dijual dengan pilihan storan 64GB/128GB/256GB. Untuk iPhone 12 Pro dan Pro Max, setakat ini ia hanya dikhabarkan dnegan storan yang akan bermula pada 128GB, namun tidak diketahui pilihan storan lain.

Untuk pengetahuan anda, unit iPhone 12 mini dan iPhone 12 6.1 inci akan mula diedar kepada pengedar pada 5 Oktober ini, disusuli dengan acara pelancaran mungkin pada 13 Oktober ini.

Sebelum anda mula menyerbu mana-mana pekedai sah Apple, pengedar disini bukan bermakna Apple Store atau kedai yang menjual produk Apple. Menurut sumber, pengedar ini adalah yang akan mengagihkan unit produk kepada kedai-kedai.

Menurut ura-ura, iPhone 12 mungkin hadir dengan ramalan harga seperti di bawah:

Anda boleh membaca berita lepas mengenainya termasuklah ramalan spesifikasi iPhone 12.

Adakah anda akan mendapatkan iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Jon Prosser melalui PhoneArena

Exit mobile version