Site icon TechNave BM

Sumber dedah pengecas dan fon telinga tiada dalam kotak Samsung Galaxy S21!

Peminat Samsung sudah sedia maklum bahasa siri Samsung Galaxy S21 mungkin dilancar pada 14 januari 2021. Terdapat pelbagai jangkaan dan spekulasi termasuklah mengenai harganya. Sumber baharu kini mendedahkan ketiadaan pengecas, fon telinga dan pelindung (cover) telefon dalam kotak siri Samsung galaxy S21!

Memandangkan sumber pernah mendedahkan maklumat mengenai Samsung yang ternyata benar sebelum ini, mungkin kita boleh mempertimbangkan maklumatnya. Menurutnya, kotak siri peranti andalan Samsung baharu ini tidak akan menyertakan pengecas, fon telinga dan pelindung telefon bersama.

Namun, sumber memfokuskan kepada pasaran Eropah. Oleh itu, kami tidak tahu jika pasaran Malaysia juga akan menerima nasib yang sama.

Melalui sumber yang lain pula, WinFuture telah mengeluarkan imej rekaan tidak rasmi Galaxy S21 Ultra. Imej memaparkn tetapan kamera kuad dan sendor ToF (Time of Flight).

Varian Ultra dikatakan bakal dilengkapi skrin Infinity-O AMOLED dan menyokong S Pen.

Kongsikan pandangan anda jika benar Samsung bakal mengikut jejak langkah Apple untuk tidak menyertakan pengecas dan fon telinga bersama dalam kotak telefon premiumnya. Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia utnuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version