Site icon TechNave BM

Sumber dedah siri Samsung Galaxy S21 akan diumum pada 14 Januari 2021

Terkini, sebuah akaun pendedah maklumat terkenal di Twitter telah memuat naik siaran yang menyatakan tentang tarikh pengumuman siri Samsung Galaxy S21 yang akan berlangsung pada 14 Januari 2021. Ia disusuli dengan tarikh pra-tempah dan pelancarannya.

Menurut siaran ini, Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra akan diumum dan boleh dipra-tempah pada 14 Januari, disusuli dengan pelancaran pada 29 Januari 2021. Turut dinyatakan adalah pilihan warna untuk siri tersebut iaitu Black, White, Grey, Silver, Violet dan Pink. Perlu diingatkan bahawa maklumat ini masih berstatus spekulasi dan khabar angin.

Sumber dari berita lepas

Sepintas lalu, siri Samsung Galaxy S21 dilapor mungkin dihuni Snapdragon 875/Exynos 2100, tiga kamera utama untuk Galaxy S21, S21+ dan empat kamera utama untuk model S21 Ultra.

Anda boleh menyemak berita lepas mengenai spesifikasi Samsung Galaxy S21 termasuk sokongan skrin 120Hz 4K.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: @jon_prosser

Exit mobile version