Site icon TechNave BM

Sumber dedahkan harga Redmi K40! Peranti Snapdragon 888 hanya berharga ~RM1,871

Terkini, terdapat sumber yang telah mendedahkan harga peranti Xiaomi seterusnya yang masih belum dilancar. Redmi K40 yang bakal dilancar pada bulan hadapan ini dijangka berharga 2999 Yuan (~RM1,871).

Untuk pengetahuan anda, sumber ini adalah pendedah maklumat yang popular memandangkan kebanyakan maklumatnya sentiasa menepati maklumat rasmi. Menurutnya, Redmi K40 dengan janaan Snapdragon 888 bakal dilancar pada bulan hadapan dan harga yang ditawarkan adalah 2999 Yuan (~RM1,871).

Walaupun harga ini masih berada pada tahap ura-ura namun paparannya pada poster seperti memberi harapan kepada peminat. Sumber yang lepas menjangkakan Redmi K40 bakal hadir dengan kamera kuad AI 108MP. Anda juga boleh melihat imej rekaannya di pautan ini.

Apakah pandangan anda sekiranya Redmi K40 atau Redmi K40 yang dijenamakan semula dengan nama lain hadir di Malaysia dengan spesifikasi dan tanda harga sebegini? Komen di laman Facebook kami dan kekal bersmaa Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IceUniverse

Gambar dari Tech Required

Exit mobile version