Site icon TechNave BM

Sumber pamerkan peranti konsep Galaxy S22 Ultra dengan tetapan kamera 200MP

Kami pasti ada dalam kalangan peminat Samsung yang tidak sabar untuk melihat imej rekaan atau secebis bayangan untuk siri Samsung Galaxy S22 (walaupun siri Galaxy S21 masih hangat di pasaran). Tekrini, terdapat sumber yang telah mempamerkan rekaan konsep Samsung Galaxy S22 Ultra dengan kamera 200MP.

Pernati konsep ini memiliki modul kamera sama seperti siri Galaxy S21. Namun, susunannya agak berbeza kerana kebanyakan ruang telah diambil oleh sensor besar 200MP. Terdapat tiga kamera utama pada modul kamera belakang.

Selain itu, pereka turut memaparkan paparan rata (kerana sokongan S Pen), bukan paparan melengkung. Apa pun, perlu diingatkan bahawa peranti konsep Samsung Galaxy S22 Ultra ini hanyalah rekaan semata-mata dari sumber tidak rasmi.

Namun, tidak mustahil jika Samsung bakal mengeluarkan sensor 200MP kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada ura-ura sejak tahun lalu. Apakah pandangan anda mengenai rekaan tidak rasmi ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version