Site icon TechNave BM

Summer Game Fest gantikan ketiadaan temasya ‘gaming’ besar tahun ini

Sebuah acara pameran gaming dalam talian, Summer Games Fest, akan dianjurkan daripada bulan Mei sehingga Ogos. Ia akan menampilkan beberapa syarikat pembina game terkenal seperti Bethesda, Blizzard Entertainment, CD Projekt Red, Electronic Arts, Square Enix dan banyak lagi.

Acara khas itu dikelolakan oleh wartawan industri gaming terkemuka, Geoff Keighley, yang terkenal sebagai penganjur GameTrailers TV. Summer Games Fest tentunya akan mengubati hati para peminat gaming yang kecewa dengan pembatalan temasya gaming besar pada tahun ini seperti E3, Gamescom, GDC dan sebagainya.

Acara tersebut akan disiarkan dalam pelbagai laman web termasuk Facebook, Mixer, Twitch, Twitter dan YouTube. Platform perkhidmatan gaming seperti Xbox dan Steam juga akan menganjurkan promosi istimewa sempena Summer Games Fest.

Acara seperti ini adalah pertama kali dalam industri permainan video dan tentunya menarik untuk dilihat jika ia akan diteruskan dalam tahun-tahun mendatang. Beritahu kami di Facebook jika anda akan mengikuti Summer Games Fest dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version